Monday, October 21, 2013

Paru-paru Berair tiada kena mengena dgn Mandi Malam

Baru-baru ni ada terbaca dekat blog Dr Zubaidi... mengenai mandi malam.... Mandi Malam adalah baik sebenarnya... dan tiada kena mengena pon dgn paru-paru berair.... Paru-paru berair bkn ada air.. .tp ada takungan darah didalam paru-paru....
 
Ini maksud paru-paru berair..... search dari blog...
 
Paru-paru berair bermakna berlaku takungan darah dalam paru-paru. Ia disebut sebagai "pulmonary edema". Umumnya, darah mengalir ke paru-paru dari jantung kanan untuk mengambil oksigen dan mengembalikan karbon dioksida sebelum kembali ke jantung kiri dan seterusnya ke tisu badan. Bila darah yang mengalir ke paru-paru berlebihan dan tekanan darah dalam saluran darah yang mengalir keluar dari paru-paru ke jantung kiri meningkat, darah akan bertakung dalam paru-paru. Apabila ia berlaku, kita akan lemas dengan darah kita sendiri.
Tanda paru-paru berair bergantung kepada kadar berlaku takungan itu dan jumlah darah yang bertakung. Bila ia berlaku dalam masa yang singkat dan mendadak, pesakit akan sesak nafas yang ketara, batuk teruk dan nafas berbunyi seperti mereka yang diserang lelah. Kahak yang keluar pula berbuih dan mungkin berdarah. Bibir pula akan kebiruan, selain jari jemari yang berpeluh teruk. Pesakit juga sukar untuk baring.
Jika takungan berlaku dalam jangka waktu yang panjang, pesakit mudah sesak nafas bila bergerak aktif, berjalan, naik tangga atau mendaki bukit malah bersenam ringan. Bila isi padu darah yang bertakung meningkat, pesakit mengadu tidak boleh baring mendatar, memerlukan lebih daripada satu bantal untuk kepala dan sering terbangun pada waktu malam kerana tersedak dan terbatuk-batuk. Selain itu, boleh juga berlaku bengkak atau sembab kaki, takungan air dalam perut (ascitis) dan bengkak hati.
Paru-paru berair biasanya berpunca daripada masalah jantung iaitu kegagalan jantung kerana pelbagai sebab antaranya;
a) Penyakit jantung koronari
b) Penyakit injap jantung mitral yang sempit
c) Penyakit injap aorta yang bocor
d) Masalah jantung berlubang yang berpanjangan atau melebar
e) Penyakit keradangan dinding jantung (kardiomyopati) f) Kekurangan darah merah yang teruk dan berlaku secara akut
Sebab lain:
a) Kegagalan buah pinggang
b) Kerosakan hati yang kronik
c) Pemberian cecair atau darah yang banyak dan terlalu cepat secara intravena.
d) Penyakit tiroid yang terlalu aktif.
 

Dan ini pulak dari blog/facebook Dr Zubaidi....

Dr Zubaidi Hj Ahmad · 89,310 like this
4 hours ago ·
BAHAYA MANDI DI WAKTU MALAM

Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.

Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi.

Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.

Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.

Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

Mandi menggunakan air panas juga dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

Mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres. Ini akan mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

Ia membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).

Nasihat saya mandilah setelah balik bekerja dan bersukan, walau pun di malam hari. Gunakanlah air yang suam atau hangat untuk membersihkan diri.

Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.

http://drzubaidi.com/blog

Wallahu a’lam.





So, bley laa mandi malam.... tp seeloknya dgn air suam.... perghhh bestnyee lepas mandi air panas tidoooo... mmg xjaga sampai pagi.... :)


Mama Haris Hakimi, Haikal Hakimi & Hani Humaira

No comments: