Thursday, August 30, 2012

just sharing... :)


- Malaikat akan mencium dahi kita selagi kita membaca al-quran

- Berilah salam sebelum memasuki rumah, baca bismillah 3x dan qulhuwallah sekali. Syaitan akan lari lintang pukang. Tidak berani iblis syaitan untuk masuk ke rumah. Dengan ini, kita tidak akan berkongsi makanan dengan mereka, berkongsi tempat tidur dengan mereka. Bayangkan jika tidak mengamalkan ayat-ayat tersebut, mustahil perkongsian itu tidak ada. Syaitan akan makan dahulu makanan kita sebelum kita makan dan ia akan tidur sekatil dengan kita. Astaghfirullah.

- Bacalah ayat 30 dari surah al-baqarah untuk melembutkan hati anak yang degil

- Amalkan doa pendinding dan penggerak setiap kali makan. Jika akan diracuni, tak akan lut kita dengan racun itu. Amalkan semasa perjalanan jauh juga. Kita akan merasa pemanduan kita tidak lama. Subhanallah.

Ayat pendinding/penggerak:



- Bacalah ayat akhir dalam ayat 4 surah At-Talaq (wamanyattaqillahayaj'allahu min amrihi yusra) untuk lulus periksa.

Bacalah ayat 3 dari surah Maryam untuk usaha rezeki bertambah.

- Orang perempuan tidak boleh memakai minyak wangi di siang hari kerana apabila org lelaki yg bukan mahram terbau, ini mengundang kepada penzinaan. Pakailah hanya pada waktu malam, niat untuk suami.

- Suami yang dayus, haram baginya syurga kerana membenarkan isterinya untuk orang lain. Dayus termasuk membenarkan isteri menunjukkan aurat kepada bukan mahram, membenarkan isteri menumpang kereta bukan mahram, membiarkan isteri menyerahkan tubuh kepada lelaki lain.

- Bacalah bismillah sampai habis 21x sebelum tidur. Ini untuk mengelakkan kecurian, kebakaran dan sihir semasa kita tidur.

- Untuk yang belum bertemu jodoh, selepas solat, amalkan bacaan ayat kursi 3x dan ayat dhuha 9x atau 11x.


Yang baik/betul itu dari Allah, dan sekiranya ada kekhilafan, itu adalah dari diri ummi. Renungan ini sekadar untuk berkongsi apa yang diperolehi dari majlis ilmu yang ummi hadiri. 

Wallahualam.


Mama Haris Hakimi, Haikal Hakimi & Hani Humaira

No comments: