Tuesday, June 12, 2012

Zikir untuk amalan kita bersama...


Ibnu Abbas mengatakan, Nabi SAW menjaga Hasan dan Husin dengan zikir. Baginda Nabi berkata "Sesungguhnya Ibrahim dulu menjaga Ismail dan Ishak dengan Zikir (di atas).

Urwah bin Zubair berkata, satu hari Nabi SAW masuk ke rumah isterinya Ummu Salamah. Di sana ada seorang anak sedang menangis. Nabi SAW berkata pada ibunya, "Kenapa kamu tidak ruqyah dia dari penyakit 'ain?". 'Ain adalah penyakit yang ditimbulkan oleh pandangan yang penuh kedengkian.

Oleh itu, kepada teman-teman fb yang dikasihi Allah sekalian, sebagai hadiah saya titipkan doa/zikir yang menjadi amalan Baginda Rasulullah SAW dan Nabi Allah Ibrahim a.s. ini. Amalkan dan jadikan zikir harian. Banyak kegunaannya sebagai benteng diri dan juga meruqyah anak menangis. (www.facebook.com/drasmadi)


Mama Haris Hakimi, Haikal Hakimi & Hani Humaira

No comments: