Thursday, May 5, 2011

Good One...

Tindakan AS tak bertamadun: Dr M

2011/05/05

PUTRAJAYA: Tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar tentera bagi memburu dan membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden bukan cara terbaik untuk menguatkuasakan undang-undang, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sekiranya tentera AS mempunyai peluang untuk menangkapnya, maka mereka harus berbuat demikian bukan menyerbu dan membunuh Osama yang dilaporkan tidak bersenjata pada waktu itu.
Berikutan itu, Dr Mahathir yang juga presiden merangkap Pengasas Yayasan Kepemimpinan Perdana, juga menyifatkan tindakan ketenteraan AS terhadap Osama adalah tidak beradab, walaupun lelaki itu dikatakan suspek pengganas paling dikehendaki.
“Tindakan AS menghantar satu pasukan tentera untuk membunuh orang (Osama) bukan cara untuk menguatkuasakan undang-undang. Masuk ke tempat itu dengan dia (Osama) tanpa sebarang senjata. Kemudian, meletakkannya (mengebumikan) ke dalam laut, itu tindakan yang tidak bertamadun,” katanya pada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan esei ‘Nurturing The Minds Of Future Leader’ anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan MPH Bookstore Sdn Bhd.

Hadir sama, isterinya yang juga Canselor Universiti Multimedia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, perbuatan AS itu boleh mengundang kemarahan dan tindakan ganas daripada orang yang tidak bersetuju dengan operasi ketenteraan terhadap Osama.

“Ini bukan cara untuk mengekang keganasan. Malah, hal ini boleh mengakibatkan lebih banyak orang menjadi marah dan boleh mengakibatkan bertindak lebih keras.
“Walaupun dia (Osama) dibunuh, hasilnya mungkin menyebabkan ramai orang akan marah dan mengakibatkan lebih banyak tindakan ganas dilakukan,” katanya.

 - I like the way Dr M ulas kematian OSAMA... Takde laa ckp bagus OSAMA kena bunuh ke... baru dunia aman ke... sbb kalau betulla... OSAMA tu wujud... dan dia seperti yg dikatakan seorang yg beragama ISLAM... sepatutnye kita sedekahkan Al-Fatihah... bukan mengecam kematian nya.. Wallahualam... tapi, kalau betul dia wujud xsalah rasanye diorg tunjukkan kebenaran kematiannya.. xyah laa ckp campak kat laut... ikut cara islam.. how they know cara diorg buat tu cara ISLAM sedangkan yg buang ke laut tu semua tentera AMERIKA yg terang-terang menganggap ISLAM sebagai TERRORIST... Semoga ALLAH tunjukkan kebenarannya... Insya'allah...

No comments: